Maktabah Dar Asad

MAKTABAH DAR ASAD

BUAT PESANAN SEKARANG!

DAPATKAN BUKU-BUKU KARYA AL-MARHUM TUAN GURU DATO’ HAJI HARUN TAIB DAN JUGA PENULIS LAIN 

Pada kali ini, Dar El-Asad turut menjual buku-buku daripada penulis lain. Antaranya ialah Ustaz Abu Usamah Mohd Hanapiah Haji Hussin, Farah Aisyah Ahmad, Nik Muhammad Nasri Nik Malek, Nafisah Tahir, Kamal Ashaari & Siti Murshidah Ramly.

Pesanan kini dibuka kepada semua yang berminat untuk memiliki karya tersebut.

Anda boleh mendapatkannya dengan hanya klik pada borang tempahan yang kami sediakan dibawah serta memilih produk yang ditawarkan.

 TERBARU!!

SIRI USRAH BERSAMA USTAZ HARUN TAIB (SURAH AS-SAFF)

Buku ini merupakan hasil transkripsi rakaman audio kaset semasa sesi usrah bersama al-marhum setiap malam selasa. 
Al-marhum mengadakan perbincangan surah as-saff ini sebagai pemula kepada setiap perbincangan kitab ihya ulumuddin.

Terdapat 3 rakaman (kaset) yang membincangkan surah as-saff ini dan kini akhirnya berjaya diterbitkan menjadi sebuah buku untuk memudahkan para pembaca.

DAPATKAN SEKARANG!!





MUSLIMAT PEMBANGUN UMMAH

Karya ini membincangkan tentang peranan muslimat untuk membangunkan ummah. Bagaimana wanita berperanan dalam membina sesebuah masyarakat dan negara. Bukan itu sahaja, peranan mereka sangat penting dalam arena dakwah pada hari ini. Seluruh bakti dan jasa wanita sangat besar dan bernilai bagi membangunkan ummah masa kini. Mereka menjadi tulang belakang untuk mencapai sesebuah kejayaan dan kemenangan Islam.

Dapatkan buku Muslimat Pembangun Ummah karya Al-Marhum Tuan Guru Dato' Harun Taib (dengan BONUS 3 BAB TERBARU).

 

FIQH AL-HARAKAH

Merupakan sebuah buku yang membincangkan tentang tiga elemen penting dalam sebuah Harakah Islamiyyah. Tiga elemen tersebut ialah fikrah, tarbiyah dan amal Islami. Bagaimana tiga elemen tersebut berfungsi dalam sesebuah Harakah Islamiyyah yang menjadi tunggak kejayaan sebuah dakwah.

Fikrah yang harus diurus dengan baik demi kemantapan sebuah gerakan Islam. Tarbiyah yang harus dititikberatkan supaya menjadi kekuatan para pendakwah serta amal Islami mesti dipraktikkan agar sebuah gerakan dapat mencapai kejayaan yang sebenar.

Sebuah terbitan karya Al-Marhum Tuan Guru Dato' Harun Taib yang ditulis semasa hayat beliau yang belum sempat dibukukan.

 

KUASA PERUNDANGAN ISLAM

Mengupas tentang aspek-aspek perundangan Islam yang bermanfaat untuk dibaca oleh ummat Islam.  Islam adalah agama yang sempurna kerana mencakupi seluruh aspek keperluan hidup manusia. Di dalam karya ini terdapat perbincangan tentang matlamat negara Islam yang mana ingin menuju kepada pelaksanaan undang-undang Islam terhadap rakyat secara keseluruhan. 

Penulis bukan sahaja memuatkan pendapat-pendapat Islam bahkan turut mengemukakan pendapat-pendapat lain supaya pembaca dapat membuat perbandingan. Walau bagaimanapun, kekuasaan negara Islam adalah bersumberkan kepada al-Quran dan as-Sunnah yang sesuai untuk diaplikasikan.

Sebuah karya yang ditulis oleh Al-Marhum Tuan Guru Dato' Harun Taib.

 

JAMAAH ISLAM MENUJU WEHDATUL UMMAH

Karya ini membincangkan tentang peranan Jamaah Muslimin dalam menyatukan ummah agar tidak berpecah dan bertelingkah. Perpecahan ummah yang berlaku ini adalah berpunca daripada penolakan hukum Allah SWT serta pengabaian sebahagian ajaran-Nya.

Oleh itu, menjadi tanggungjawab Jamaah muslimin untuk menyatukan ummah serta menyelesaikan masalah-masalah yang dialami oleh masyarakat majmuk. Buku ini dapat menjadi rujukan dan panduan kepada Jamaah Muslimin yang berjuang menegakkan agama Islam ini.

Sebuah karya yang ditulis oleh Al-Marhum Tuan Guru Dato' Harun Taib.



KUASA PEMERINTAHAN ISLAM (PENGHABISAN STOK)

Kuasa Pemerintahan Islam ialah kuasa yang diberi tugas supaya menjalankan dan melaksanakan segala peraturan dan undang-undang negara yang telah diperkanunkan oleh kuasa perundangan. Kuasa ini hanyalah diberi hak dan kuasa untuk menjalankan undang-undang dan peraturan negara. Di samping itu ia juga diberikuasa untuk membuat peraturan-peraturan yang mustahak agar segala undang-undang Negara dapat dijalankan dan dilaksanakan dengan baik.

Justeru itu, kuasa pemerintahan yang kadang kala dipanggil pemerintah, adalah suatu kuasa yang tidak kurang pentingnya dari kuasa perundangan, kerana kepadanya diharapkan berjalannya matlamat negara.

Sebuah karya yang ditulis oleh Al-Marhum Tuan Guru Dato' Harun Taib.

 


HAID & ISTIHADAH FOR DUMMIES

Buku ini membicarakan berkenaan Asas Fiqh Darah Wanita yang perlu dipelajari serta difahami oleh semua wanita beragama Islam. Penulis memfokuskan dalam siri ini tentang asas pengiraan haid dan istihadah sahaja sebagai panduan untuk para pembaca.

Buku ini disertakan dengan lukisan-lukisan gambar rajah yang berbentuk komik untuk membantu para pembaca memahami isi kandungan dengan baik dan jelas.

Sebuah karya yang ditulis oleh Ustazah Farah Aisyah Ahmad.

 

HAID, NIFAS DAN ISTIHADAH MENURUT MAZHAB SYAFI’I

Ini merupakan sebuah karya yang memfokuskan tentang hukum haid, nifas dan istihadah menurut Mazhab Syafi’i. Antara keistimewaan buku ini ialah setiap perbincangan hukum yang dikemukakan oleh penulis disertakan dengan rujukan daripada kitab-kitab ulama muktabar.

Penulis buku ini mempunyai banyak pengalaman dalam mengisi daurah-daurah fiqh darah wanita, seminar, latihan di jabatan-jabatan mufti dan agama serta aktif menjawab persoalan yang berkaitan dengan tajuk buku ini.

Penulis buku ini ialah Ustaz Abu Usamah Mohd Hanapiah Haji Hussin.


 

KEADILAN ISLAM DALAM LIPATAN SEJARAH 

Pemerintah yang adil itu wahai Amir al-Mukminin ialah seperti ibu yang penyayang terhadap anaknya, mengandung dengan payah, melahirkan dalam keadaan sukar, membesarkannya ketika kecil, sanggup berjaga malam kerananya, tenang apabila anaknya diam, menyusukan, kemudian memutuskan susu bila sampai masanya, merasa gembira apabila anaknya sihat, dan merasa runsing apabila anaknya sakit. Pemerintah yang adil itu wahai Amir al-Mukminin seperti penjaga anak yatim, pengurus wang orang miskin, mendidik anak kecil mereka, memberi belanja kepada orang dewasa di kalangan mereka. Pemerintah yang adil itu wahai Amir al-Mukminin seperti hati berbanding anggota badan yang lain, seluruh anggota akan elok jika hati elok, dan anggota akan rosak apabila hati rosak. -Petikan Nasihat Hassan al-Basri kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz.

Penulis buku ini ialah Nik Muhammad Nasri bin Nik Malek.



BIOGRAFI MUJAHIDAH HARAKI

Jom dapatkan Biografi Mujahidah Haraki terbitan APSA PUBLICATION. Apa yang menarik?

- Biografi Lengkap Ketua Muslimat Pertama Hingga Kini

- Buku yang sangat menarik dengan berwarna  gambar-gambar sejarah

- Mengandungi 145 mukasurat

- Kisah penuh inspirasi yang pastinya mencetus semangat perjuangan dalam diri kita semua

- PERCUMA Pen APSA & Button Badge Palestin 





Follow dan Like Page:

Legasi Tuan Guru Dato' Haji Harun Taib https://bit.ly/3h8Gpfh

Dar El Asad Resources https://bit.ly/3DWQDJv



................



Untuk Maklumat lanjut, boleh terus tekan link Whatsapp 

http://wasap.my/60168247505

#IstiqamahHinggaKemenangan

#MuslimatPembangunUmmah

#LegasiTuanGuru

#TuanGuruHajiHarunTaib

#BukuTuanGuru

#SemogaSentiasaDalamRahmatAllahSWT


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
MUSLIMAT PEMBANGUN UMMAH
FIQH AL-HARAKAH
KUASA PERUNDANGAN ISLAM
KUASA PEMERINTAHAN ISLAM (PENGHABISAN STOK)
JAMAAH ISLAM MENUJU WEHDATUL UMMAH
HAID & ISTIHADAH FOR DUMMIES
HAID, NIFAS & ISTIHADAH MENURUT MAZHAB SYAFI'I
KEADILAN ISLAM DALAM LIPATAN SEJARAH
BIOGRAFI MUJAHIDAH HARAKI (FREE BUTTON BADGE & PEN)
SIRI USRAH BERSAMA USTAZ HARUN (SURAH AS-SAFF)
JUMLAH

Kos Penghantaran

JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN